Khamis, 4 September 2008

Aku merinduimu Langsana

Aku dibesarkan di Kudat, di satu kampung bersama Kg Langsana, 20 minit perjalanan menaiki perahu dari Bandar Kudat. Jauh dari jiran-jiran, jiran terdekat adalah rumah Haji Samat Pg. Danta. Jiran lain, nenekku Haji Apuajan Ag Besar, pakcik Abu Bakar Abdul Karim dan Abdul Rashid Hj. Apuajan. Dilahirkan di Kampung Ayer pada 1964 dan dibesarkan di Langsana, bersekolah di Kudat (1970-1976), Sekolah Rendah Pekan Kudat dan Sekolah Ugama Islam Kudat. Kehidupan di Langsana adalah kehidupan yang cukup menarik. Aku masih ingat zaman kanak-kanakku mengambil air di perigi nenek yang agak jauh juga, berakit dengan kayu hanyut di pangkalan Langsana, mencari Tekuyung timba di celah-celah paya bakau, mengambur(memancing ikan) dan menuhur(aktiviti mencari siput), melastik burung, mencari pucuk bagu(sejenis sayuran hutan) dijadikan sayur dan ikut bapa ke laut menjaul. Ikut menamu bersama emak di Dualog. Pokoknya kehidupan susah pernah dirasai. Pindah ke Kampung Ayer bila bapa membuat rumah di sana akibat sukarnya kehidupan di Langsana yang sunyi dan menakutkan apabila malam menjelang, hantu dan pengait. Di Kudat walaupun kehidupan masih lagi susah, pergi sekolah tidaklah basah disiram ombak dan dirotan gurubesar kerana lewat ke sekolah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu pengalaman hidup yang amat mengasyikkan untuk dikenang semula, menjadi anda lebih tabah dan tidak lupa diri dengan asal usul, berbeza dengan mereka yang dilahirkan tanpa merasakan hidup susah, amat sukar untuk mensyukuri hidup ini, yang tidak merasa susah di permulaan hidup kemungkinan besar akan senantiasa dalam keadaan selesanya sahaja sepanjang hayat. wallahuaalam.

Unknown berkata...

Aku hairan,anak muda zaman sekarang, apa maunya semuanya dipenuhi tapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan yang diberikan.

dullah berkata...

Kesusahan hidup boleh menjadikan kita tabah dan berani.